Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Program Suara?


Hari ini akan diadakan program bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , seorang tokoh yang aku sangat hormati, mula kenal beliau ketika menyaksikan sesi parlimen dijalankan apabila beliau membahaskan isu PPSMI, sangat teruja.

Aku bukanlah seorang yang kenal sangat dengan struktur pentadbiran PAS dan apa berkaitan, tapi tetap merasakan ia adalah 1 bentuk perjuangan islam yang harus diperjuangkan di malaysia. Teringat dahulu ketika join program ISMA sebelum datang ke mesir, aku bertanya "apa beza PAS dengan ISMA" kata salah seorang ahli mereka," PAS nak bawak dari atas (tarbiyah dari negara > rakyat jelata) manakala kita ISMA dari peringkat bawah hingga Negara", (kalau istilah sekarang dari individu muslim ke daulah , manakala PAS terbalik dari daulah > individu"

Mungkin ini jawapan dari individu dari ISMA, mungkin aku tidak dapat penjelas sebenarya dari pimpinan ISMA sendiri bagaimanakah sebenarya struktur pembentukan mereka dan sebagainya, tapi bagi aku mana mungkin PAS yang telah berumur lebih 50 tahun masih ingin kekal di tahap individu muslim, sampai bilakah kita terus kekal di tahap ini, 100 tahun ? 1000 tahun mungkin?

Tapi aku kurang berminat berbicara tentang perkara ini, kerana masing-masing punya pendapat masing2, perbincangan tentang perkara ini tidak dapat pergi jauh, kadang2 hanya menimbulkan kebencian di hati.

Sejak akhir-akhir ini, aku lebih berminat mendegar ceramah dari tokoh-tokoh PKR, mungkin kerana isu
-isu yang diutarakan mereka , jarang aku mendengar ceramah-ceramah dari pimpinan PAS mungkin kerana bentuk pemikiran aku yang sebegini, dengan kata lebih mudah aku lebih kagumi tokoh dalam PKR berbanding PAS, mungkin kerana aku terlalu bersifat selektif dalam memilih bahan untuk didengar dan dibaca.

Tapi pada hari ini Allah bawakan beliau datang ke sini, untuk aku menilai sendiri , untuk aku saksikan dengan mata kepala sendiri. Jika tokoh BN datang ke sini sekalipun, aku juga mahu pergi mendengar dan menilai, kita bukan generasi spoonfeed , hanya angguk dan menganga dengan segala maklumat dan mengikut secara buta tuli, kita bukan generasi lembu dicucuk hidung. Moga diberi kesempatan mengikutnya.

0 comments: