Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Medic di mesir?

Salam Alayk...

Sudah hampir 10 bulan saya belajar di mesir , khususnya tentang ilmu perubatan. Setelah keputusan dibuat pada setahun yang lepas, apabila saya menolak untuk membuat A level di IPTS Malaysia tajaan Jpa dalam bidang medic.

Keputusan yang telah dibuat pada setahun lepas telah menjadikan saya, saya sekarang. Bukan seorang pelajar medic malaysia , tetapi insya Allah pelajar lepasan timur tengah pada awal 2016, bukannya 2015 . "Kursus kerjaya sebagai seorang doktor" anjuran Jpa sebelum interview dilakukan sekurang-kurangnya menjadikan saya kenal sedikit sebanyak kerja sebagai seorang doktor, hidup seorang doktor dan jadual harian seorang doktor, itupun sebahagian pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini tidak percaya dengan penerangan dari M/O dan H/o, "ala, doktor2 nie saje jek nk buat kita takot dengan keje doktor nie" ingat kembali kata-kata seorang sahabat ketika mengikut kursus ini di sebuah hospital di sungai petani(tak ingat name)

Hanya mampu tersenyum apabila mendengar kata-kata tersebut, kerana saya punya kakak-kakak yang berada dalam bidang kedoktoran, 2 orang yang bakal menghabiskan Ijazah mereka pada bulan 6 tahun depan InsyaALlah. Mereka sudah memberikan pencerahan , bahawa hidop doktor begini begitu, tetapi masih ada orang yang tidak ingin mempercayai kata-kata H/o dan M/O ,mereka beranggapan M/o dan H/o ini ingin menakutkan mereka barangkali, walhal itulah realiti yang perlu dihadapi.


Apabila saya menceritakan bagaimana suasana belajar di Mesir kepada kakak saya yang kini berada di CUCMS tahun 5, mereka membayangkan betapa seronoknya keadaan relex disana, tetapi mereka agak yakin dan percaya bahawa akan berlaku "culture shock" kepada pelajar Medic di Mesir (Tanta Mode- u lain tak tahu). Kelas mereka kadang2 hingga ke petang dan malam, itu belum lagi IPTA, yang sememangnya lebih "tough".


Justeru saya tidak nampak mengapa pelajar di mesir menjadikan alasan tidak sempat study untuk berjaya, sedangkan masa pelajar di Mesir "belambak-lambak". Atau kita sering sibuk dengan internet di Mesir, sibuk dengan Movie , sibuk dengan game , dan sibuk dengan 1001 perkara yang tidak bermanfaat. Bagi saya, sepatutnya pelajar di Mesir perlu ada 1 Ilmu khas , yang susah untuk digapai oleh pelajar negara yang lain iaitu tentang ilmu agama, sekurang-kurangnya tentang feqh perubatan. Tapi terpulang , jika kita inginkan lebih nilai tambah sebagai seorang pelajar medic Timur yang lebih baik dari orang lain , adalah lebih baik saya kira, bukan sekadar membina manusia "robot" yang hanya tahu selok belok buku, yang hilang nilai "common sense" dan adab-adab sebagai manusia.


Assignment juga tidak ada disini, sistem naik tahun yang memberika kebergantungan hampir 60-80% ke atas peperiksaaan, jangan disia-siakan. Jika kita gagal untuk berada disini, di Mesir bumi yang relex ini, gagal untuk membiasakan diri dengan menyibukkan diri dengan aktiviti2 yang berfaedah sebagai pelajar medic, bukan sekadar sibuk menonton cerita korea dan drama-drama yang membuang masa sehingga mengabaikan tanggunjawab sebagai seorang pelajar, saya bimbang kita akan tergolongan dalam golongan yang bakal "culture shock" di Malaysia.

Bekerja sebagaai H/o selama 36 jam, siapa sangka. Jika anda merasakan ini adalah acah-acah belaka, cuti 10 hari dalam setahun (kalo tak silap semalam saya dengar kakak saya cakap) maka, bersedialah, kerana bimbing kita akan tergolong dalam golongan yang akan QUIT semasa bekerja. Pelajar sekarang bukan hanya perlu diberi pendedahan Tentang PELAJARAN MEDIC sahaja, tetapi hidup sebagai seorang doktor perlu lebih-lebih lagi diberi pencerahan.

Teringat tentang 1 post dalam saifulislam “�Ya, semasa isteri saya menghadiri temuduga Master untuk menjadi doktor pakar, soalan yang ditanya oleh penemuduga, semuanya tentang rumahtangga. Bila rancang nak ada anak ketiga, suami dah pandai masak atau tidak dan sebagainya”�, saya tersenyum.

Jangan lupa , ramai yang Quit semasa belajar medic kerana fail dan tidak berdaya, tetapi ramai juga yang quit semasa jadi H/O . Jadi, biasakan diri dengan sibuk, supaya kurang kejutan budaya di alam kerja nanti. Entahlah, saya juga serun mendengar dari kakak sendiri

6 comments:

Mohammad Farid Ismail said...

bykkan entry memberi kesedaran mcm ni prof..bermanfaat beb..

Peghop aka hazwan aka Jo said...

hahaha.. bermanfaat lak.. ak membebel jek kat malaysia nie, tensen kot, buku belambak nak bacer, tapi cam x dan.. aighoo.. buku CVS baru sentuh 10 muka... LOL

Mohammad Farid Ismail said...

at least bacer jgk kot..aku nih dri hari tuh lg x pegang2 lg buku..huhu...

andi said...

masa memang byk...tp aq x pndi gne,,nice 1 prof,,,terasa kot tp teguran membina~!

Peghop aka hazwan aka Jo said...

hahaha, bukan ape, baru nie cakap dengan akak , die pon macam, wah relex gile korang... haha
die mcm bagi jaminan mesti culture shock nanti time kerja.
Apa lagi, bukak buku tuh... xD , akan insaf time pergi KUNTUM Jek :P

MEANING OF LIFE said...

dah,,,insaf try ar wat attachment and feel the pressure,,,dgn patient yg gler byk,,,kalo jln pki high heels komfom patah kaki...gler laju doc jln sbab patient slalu rmi...