Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



"Keajaiban" dan tahun genting 2010/2011

Salam Alayk.

Ramadhan berlalu pergi, syawal bakal menjelma, masa untuk pulang ke universiti semakin tiba, sudah hampir seminggu saya di Malaysia. Tahun 2010/ 2011 tahun gentir bagi saya, 1st week of 2012 ayah saya bersara dari kerja. Bersara dari kerja bermakna, tiada aliran wang masuk pada 2012, yes. Bukan pertengahan tahun, tetapi awal tahun, 1st week.

Kelima-lima adik beradik masih belajar, insya Allah tahun depan semua bakal menghabiskan pengajian alhamdulillah, 3 orang tanggungan sendiri dan seorang scholar petronas. 2 orang yang sudah pasti, menjadi H/O hampir2 tiada masalah. Tinggal 2 orang lagi, yang saya yakin mereka juga mampu melakukan. Urusan scholar semakin menyakitkan kepala, melihat borang muastautin YT membuat lemah semangat untuk memohon, kerana tiada cara hendak mendapatkannya melainkkan menipu, ye. Menipu mungkin boleh, tetapi apa yang pasti keberkatan pasti terputus, hidup menggunkana duit RM 50000 dalam hilang keberkatan, tidak dapat saya bayangkan , lantas membatalkan niat untuk meneruskan. Menunggu peluang kalau boleh apply 1Malaysia, Jpa akan dicuba untuk kali kedua, pada bulan Februari barangkali.

Baru2 ini, selepas mengikut program HETT, saya telah pergi ke program KUNTUM 2, program anjuran PERUBATAN , pergi bersama farid yazid dan hakim. Program lain seperti biasa bagi saya, kecuali satu slot, sesi tayangan. Kami disajikan dengan cerita House MD dan cerita korea medic(name apa entah - x igt)dragon zakura kot, 1st , soalan simple seperti nama watak sehingga soalan susah hingga pharmacology.

Saya seorang yang exam oriented, terbukti ketika oral BAT dalam nahu, dalam peperiksaan bertulis, sering top 3 dalam subjek tersebut, tetapi bila oral, antara orang paling bermasalah barangkali. Saya sedar akan kelemahan itu. Apabila soalan tentang tayangan ditanya, saya seolah2 blur, langsung tidak tahu walhal soalan itu sudah dibelajar, malu rasanya , dalam hati, "ak nie mumtaz sebab keajaiban itu jek" Rakan 1 sekolah dari shams dari U cairo , saya rasa saya dan dia pada tahap yang berbeza, (die dapat jayid baru ini) jauh2 berbeza dengan saya, macam beza angka 1 dan 4 barangkali. Terasa ada begitu banyak kekurangan kualiti rasenya. Sehingga bila ditanya tentang bilangan JJ U, bila saya cakap 80, mereka terkejut dan berkata, " Ala soalan tanta senang bleh la kan? " saya hanya senyap ignore sahaja. Tetapi dalam hati, hanya Tuhan yang tahu.

Apabila U lain mempersoalakn tentang bilangan itu, sudah pasti ada satu perkara yang tidak kene bagi saya, dari segi teknikalnya ataupon dari segi pelajar, jika disebabkan pelajar, alhamdulillah, ada peningkatan, tetapi jikalu dari segi "tekninal", pelajar tahun 1 lebih mengetahui, dimana "yang tidak kena". Kerana jawapan peribadi tidak semestinya tepat. Teringat bila rakan saya cakap, seorang doktor pernah seakan-akan "pandang slack" bila dikatakan doktor lepasan mesir, seolah2 ada sesuatu kekurangan pada graduan medic di Mesir.. Entahlah.

Saya cuba memikirkan, siapa lagi akan membetulkan presepsi ini, jika bukan kita, pelajar mesir sendiri. Tetapi sayangnya, DALAM DIAM, TINDAKAN KITA YANG MEMBENARKAN PRESEPSI MEREKA2 , BUKAN INGIN MENAMBAH NILAI SEBENARNYA TETAPI MAKIN MENJATUHKANNYA, "keajaiban" itu, SEDIH.

Moga kita bersama-sama, cuba membaiki dah muhasabah diri. Bimbang2, "Kerana kita, mereka binasa"

Pandangan peribadi tidak semestinya betul. Tapi tidak salah untuk saya menyatakannya..

0 comments: