Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Susahnya untuk melakukan perubahan


Salam alaik...

Cuba untuk menulis kembali, dalam bulan ramadahan yang mulia ini, mencarik kekuatan dan semangat kembali, membina kekuatan pada hari-hari yang terakhir dalam bulan ramadahan...
d
Terkenang kembali zaman persekolahan, sudah 2 tahun ditinggalakn, SHAMS yang banyak mendidik dan mengajar erti kehidupan. Sewaktu sesi 2007/2008, masih ingat lagi sewaktu menghadirkan diri dalam 1 mesyuarat , sewaktu sedang menyusun dan merancang program kalo tidak silap, pernah saya melontar 1 cadangan pada ahi mesyuarat.

“ Aku rase tahun nie, kem kita , kita kene kurangkan dari 2 kepada 1, sebab tahun nie kita kekurangan tenaga dan kita ada perkara lain yang perlu ditumpukan”

“Mane boleh camtu, biasanya memang besenya abang2 buat 2 kali setahun “, lantas cadangan itu disokong oleh orang len, mematikan cadangan yang baru saya lontarkan..

Mematikan cadangan dengan alasan begitu membuatkan saya terdiam, malas nak melawan, apatah lagi nak bersuara. Saya tidak nampak signifikan mereka berbuat demikian, atas alasan senior , abang-abang, mereka memberikan alasan , mudah dan membabi buta. Lantas saya duduk sahaja, malas melontarkan lagi cadangan buat masa itu. Bosan dengan ahli mesyuarat barangkali.

Mungkin saya bukan golongan yang baik dengan abang-abang pada masa itu, jadi tidak nampak segala yang abang-abang (senior) buat semua baik barangkali, secara taqlid membabi buta begitu, mungkin salah satu sebab program-program kini tidak mencapai objektif, merancang mengikot perancangan tahun-tahun sebelumnya.. tanpa tujuan dan misi yang tertentu, mensia-siakan masa , tenaga dan wang.

Teringat sewaktu tingkatan 1, program yang mereka jalankan seperti kecerian dan program lain, terasa nilai ukhuwah sewaktu program, terasa ada “sesuatu” sepanjang program dijalankan, berbeza waktu tingkatan 5, program2 yang kami jalankan, hambar , nilai ukhuwah kurang dihargai, malah kadang-kadang program dijalankan hambar, barangkali kerana program dijalankan mengikut adat, entahlah..

Begitulah sukarnya untuk melakukan perubahan, itu baru untuk g melakukan perubahan program, belum lagi mahu melakukan perubahan sikap, yang sudah tentu lagi sukar dan payah, saya pasti. Zaman sekarang telah berubah, madu juga telah berubah , apatah lagi suasana dan cara pendidikan sekarang, semua berlainan mengikot zaman, tapi yang tidak berubah, sikap-sikap kita sahaja sebagai perancang mahupun sebagai dai'e , masih dengan “style” dan pendekatan yang sama, kalau begitu masa 2006, begitu juga masa 2010.. barangkali, perubahan yang berlaku tidak sepantas perubahan yang berlaku pada mad'u, cepat sehingga kita terlepas pandang barangkali.

Teringat kembali kisah 2009 yang berlaku, dicerita oleh seseorang. Ada seorang sahabat, Ali yang kurang percaya dan kurang yakin dengan hukum-hukum islam, lantas , sahabat yang lain Abu , memberi hujah dengan mengatakan quran “cakap begini begini” , jawapan mudah dari Ali

“ Aku bosan betol la dengan orang yang cakap camnie, skit-skit kata quran cakap camnie, skit-skit kata kite kena percaya “ - lebih kurang begini la maksod perkataan Ali

Mad'u kita bukan orang yang menggangguk semata-mata kini, mereka punya akal fikiran, tapi tidak diajar mengikot islam untuk berfikir, lebih kepada elemen sains yang memerlukan logik dan hujah-hujah untuk beberapa perkara. Itu bagi golongan yang dididik begitu , kalau golongan lain, lain pula cara pemikiran mereka.
Tapi kita, tetap pada takuk yang sama, tidak menghiraukan arus perubahan yang berlaku , hanya mementingkan substance yang hendak disampaikan tanpa menghiraukan mad'u kita, maka bersedialah untuk kita berkerja lebih masa, tanpa hasil yang memuaskan, mungkin juga makin menjauhkan diri kita dari mereka, entahlah. Saya merasainya..




1 comments:

caudate nucleus said...

menarik!~
satu perkongsian yg membuka minda
teruskan lg =)