Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Memahami perbezaan antara 2 makhluk...

Slm Alaik..

Dalam menuju ke malam terakhir , iaitu pada malam ini, saya cuba untuk mengambil kekuatan untuk menulis lagi, meluahkan perasaan di dalam blog, maklom la, dah tiada tempat lain nak cerita lagi ..


Saya rasa semua antara kita pernah dengar tentang kata-kata , bahawa akal laki 9 nafsu laki 1, perempuan lak akal 1 nafsu 9. Tapi kalo diikotkan dari segi logik, enahlah, saya x nampak pon logiknya begitu, dari sekolah rendah hingga tingkatan 5 persekolahan saya sepanjang hidop, jarang2 atau langsong tidak pernah, lelaki duduk tempat pertama, justeru dimanakah 9 akal yang dibangga2 kan , bahkan ada jek kawan2 lelaki bile clash terhoyong hayang dalam perjalanan pembelajaran, adakah benar dengan pernyatan tersebut..


Dalam hal ini, sudah tentu saya sangat bersetuju dengan ustaz hasrizal, bahawa bukannya 9 akal, tapi sembilan logik, manakala 1 lagi, ialah emosional, begitula pula dengan wanita , mereka punya 1 logik dan 9 emosional, kaya dengan emosi barangkali..


Justeru tidak hairanlah jika dalam mesyuarat laki pompuan, sering berlaku percanggahan pendapat, kadangkala bende2 seperti warna pon menjadi isu, walhal lelaki memandang warna itu kadang2 sekadar ada, tidak kisahlah bagaimana-bagaimana, asalkan logik sahaja, kadang2 asal ada sahaja, sudai memadai. Tetapi kadang2 perempuan bukan begitu barangkali.

Teringat kisah semasa akhir tingkatan 4, semasa para pengawas mengadakan muhasabah antara ikhwah akhowat , time 2 ikhwah komen bende mengarot2, yela, budak laki time f4 kadang2 takmatured pon lagi.. Time penyerahan muhasabah, wakil akhowat marah-marah, cam nangis ada jugak kot , sebab orang laki main-main.. Saya pon time 2, ape lagi, rase cam malas nak layan pon ade gak, nak marah pon ada gak, yela.. "apehal, panggil orang nk marah2 lak, bukan ak yang wat, orang lain kot buat" dalam hati .. Sebabkan saya malas layan, saya pass kat geng (Ali) suruh cakap dengan akhowat tadi, maklumlah die jenis biasa dengan akhowat.. Lepas 2, problem setel...
"kalo ikot hati ak pon nk ngamok ngan akhowat 2" tapi nasib si Ali jenis memahami perempuan dari saya..


Perbezaan yang ada antara laki dan perempuan perlu dirai, apabila seorang laki berkerja dengan perempuan, cuba memahami, bukan hanya meng komen , agar kerja kita efektif, bukan hanya berbalah tentang perkara remeh temeh, berkaitan warna , susunan dan perkara2 yang lain, tapi entah objektif pergi ke mana..


Apabila ada 1 program, tenaga perempuan bukanlah sesuatu yang dirisaukan, hampir2 pasti ada, malah berlebih...kerana mereka kaya dengan emosi barangkali, sanggup berkorban tetapi lelaki berkira-kira, "dapat apa la ak buat nie" lebih baik aku buat bende lain...


Saya cuba memahami perbezaan itu, buku Men are from Mars, Women are from Venus cuba untuk ditelaah, mungkin ia membantu..

0 comments: