Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Memahami perbezaan antara 2 makhluk...

Slm Alaik..

Dalam menuju ke malam terakhir , iaitu pada malam ini, saya cuba untuk mengambil kekuatan untuk menulis lagi, meluahkan perasaan di dalam blog, maklom la, dah tiada tempat lain nak cerita lagi ..


Saya rasa semua antara kita pernah dengar tentang kata-kata , bahawa akal laki 9 nafsu laki 1, perempuan lak akal 1 nafsu 9. Tapi kalo diikotkan dari segi logik, enahlah, saya x nampak pon logiknya begitu, dari sekolah rendah hingga tingkatan 5 persekolahan saya sepanjang hidop, jarang2 atau langsong tidak pernah, lelaki duduk tempat pertama, justeru dimanakah 9 akal yang dibangga2 kan , bahkan ada jek kawan2 lelaki bile clash terhoyong hayang dalam perjalanan pembelajaran, adakah benar dengan pernyatan tersebut..


Menunggu hari itu...

Slm alaik.. Kini sedang menunggu saat itu, saat yang ditunggu-tunggu.. setelah hampir 11 bulan di perantaun.. akhirnya bakal tiba juga saat itu... Doa kan saya sempat menjejakkan kaki ke Malaysia.. Moga-moga urusan di Malaysia dipermudahkan, masih pening-pening lagi, urusan scholar belum diuruskan, kehilangan file juga masih menjadi kenangan.. Pening-pening Moga Allah permudahkan.. Wah... Tidak lupa juga kepada kakakku yang menyambut ulang tahun ke 26, Dah Tue.. Kepada Nor Hazwani Zenol Ariffin... Selamat Hari Lahir Dan tidak lupa juga kepada Yusri.. moga cepat sembuh... hik3


Susahnya untuk melakukan perubahan


Salam alaik...

Cuba untuk menulis kembali, dalam bulan ramadahan yang mulia ini, mencarik kekuatan dan semangat kembali, membina kekuatan pada hari-hari yang terakhir dalam bulan ramadahan...
d
Terkenang kembali zaman persekolahan, sudah 2 tahun ditinggalakn, SHAMS yang banyak mendidik dan mengajar erti kehidupan. Sewaktu sesi 2007/2008, masih ingat lagi sewaktu menghadirkan diri dalam 1 mesyuarat , sewaktu sedang menyusun dan merancang program kalo tidak silap, pernah saya melontar 1 cadangan pada ahi mesyuarat.

“ Aku rase tahun nie, kem kita , kita kene kurangkan dari 2 kepada 1, sebab tahun nie kita kekurangan tenaga dan kita ada perkara lain yang perlu ditumpukan”

“Mane boleh camtu, biasanya memang besenya abang2 buat 2 kali setahun “, lantas cadangan itu disokong oleh orang len, mematikan cadangan yang baru saya lontarkan..

Mematikan cadangan dengan alasan begitu membuatkan saya terdiam, malas nak melawan, apatah lagi nak bersuara. Saya tidak nampak signifikan mereka berbuat demikian, atas alasan senior , abang-abang, mereka memberikan alasan , mudah dan membabi buta. Lantas saya duduk sahaja, malas melontarkan lagi cadangan buat masa itu. Bosan dengan ahli mesyuarat barangkali.

Mungkin saya bukan golongan yang baik dengan abang-abang pada masa itu, jadi tidak nampak segala yang abang-abang (senior) buat semua baik barangkali, secara taqlid membabi buta begitu, mungkin salah satu sebab program-program kini tidak mencapai objektif, merancang mengikot perancangan tahun-tahun sebelumnya.. tanpa tujuan dan misi yang tertentu, mensia-siakan masa , tenaga dan wang.

Teringat sewaktu tingkatan 1, program yang mereka jalankan seperti kecerian dan program lain, terasa nilai ukhuwah sewaktu program, terasa ada “sesuatu” sepanjang program dijalankan, berbeza waktu tingkatan 5, program2 yang kami jalankan, hambar , nilai ukhuwah kurang dihargai, malah kadang-kadang program dijalankan hambar, barangkali kerana program dijalankan mengikut adat, entahlah..

Begitulah sukarnya untuk melakukan perubahan, itu baru untuk g melakukan perubahan program, belum lagi mahu melakukan perubahan sikap, yang sudah tentu lagi sukar dan payah, saya pasti. Zaman sekarang telah berubah, madu juga telah berubah , apatah lagi suasana dan cara pendidikan sekarang, semua berlainan mengikot zaman, tapi yang tidak berubah, sikap-sikap kita sahaja sebagai perancang mahupun sebagai dai'e , masih dengan “style” dan pendekatan yang sama, kalau begitu masa 2006, begitu juga masa 2010.. barangkali, perubahan yang berlaku tidak sepantas perubahan yang berlaku pada mad'u, cepat sehingga kita terlepas pandang barangkali.

Teringat kembali kisah 2009 yang berlaku, dicerita oleh seseorang. Ada seorang sahabat, Ali yang kurang percaya dan kurang yakin dengan hukum-hukum islam, lantas , sahabat yang lain Abu , memberi hujah dengan mengatakan quran “cakap begini begini” , jawapan mudah dari Ali

“ Aku bosan betol la dengan orang yang cakap camnie, skit-skit kata quran cakap camnie, skit-skit kata kite kena percaya “ - lebih kurang begini la maksod perkataan Ali

Mad'u kita bukan orang yang menggangguk semata-mata kini, mereka punya akal fikiran, tapi tidak diajar mengikot islam untuk berfikir, lebih kepada elemen sains yang memerlukan logik dan hujah-hujah untuk beberapa perkara. Itu bagi golongan yang dididik begitu , kalau golongan lain, lain pula cara pemikiran mereka.
Tapi kita, tetap pada takuk yang sama, tidak menghiraukan arus perubahan yang berlaku , hanya mementingkan substance yang hendak disampaikan tanpa menghiraukan mad'u kita, maka bersedialah untuk kita berkerja lebih masa, tanpa hasil yang memuaskan, mungkin juga makin menjauhkan diri kita dari mereka, entahlah. Saya merasainya..






Men carik se mangat baru sempena ramadhan karemm

Salam Alaik

Kini sedang mencarik kekuatan selepas 1 ramadhan selesai sudah puasa .tanpa sahur sebabkan ada orang yang tertido... tak kejot sahur.. haishh...

Mencari kekuatan untuk cuba menulis apa yang sedang bermain di kepala... moga2 dipermudahkan
Moga2 diberi kekuatan, melontarkan apa yang tersiarat di dalam kepala , inginkan membuat perubahan, tp cuba membuat perubahan dengan diri sendiri terdahulu , dari malas hendak menulis kepada rajin...

Bukan untuk mengata bukan untuk mengeji, tapi memohon pencerahan, agar apa yang difikirkan dipandu serta diberi pedomen...

Insya Allah