Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Selangkah Tersalah ...

Jika ingin belajar tafsir al-quran maka kita perlu menguasai hampir-hampir 23 ilmu bahasa kalau tidak silap, dari ilmu bahasa arab, nasakh mansukh, ayat tasybih dan banyak lagi.

Jika ingin menuntut ilmu perubatan maka dimulai dengan anatomy physiology histology dan biochemistry, subjek asas mengenalkan fungsi normal tubuh badan, maka setersusnya dengan penyakit dan sebagainya.

Teringat dengar ceramah ust hasrizal tentang sejarah islam, sebelum mengetahui tentang penulis Ibn Hisyam(seorang syiah) banyak ilmu perlu dihadamakan , kerana belajar bagaimana sejarah ditulis dan banyak ilmu asas dipelajari sebelum mempertikai dia seorang syiah , kerana mungkin dalam ilmu sejarah pendapat beliau diterima.

Dalam menyelosori ilmu falsafah, ilmu pemikiran, dan juga ilmu-ilmu mencabar pemikiran, ilmu mantik dan sebagainya, maka aqidah juga perlu diperkukuhkan, Islam itu terlebih dahulu perlu dikuatkan, dimantapkan, justeru apa yang dipelajari dapat ditangkisi dengan baik.

Sekali tersalah langkah, bencana kian menjelma, terlalu suka tentang ilmu-ilmu falsafah sehingga gagal dalam ilmu-ilmu asas sebelum ilmu tesebut, kian mendatangkan kesannya. Aku lihat hidupku kian terapung , ditiup angin bak habuk yang tidak punya jati diri.

Angin ke kiri, aku ke kiri, angin ke kanan aku ke kanan, ilmu-ilmu asas perlu terus digali agar hidup didunia tidak disesali seperti golongan yang meminta Tuhan agar mengembalikan kembali ke atas muka bumi walau hanya seketika.

Ilmu yang kian senang digapai, rupanya tanpa disusun dan diteliti, akhirnya membawa bencana, seperti lagak seorang pelajar sekolah tetapi berkata seolah punya ilmu setinggi PHD, hanya kerana haji google.com.
Ahh, moga Tuhan masih merahmati, diriku ini, yang bakal dijemput mengikuti mereka-mereka, sejak 2 3 hari ini.

1 comments:

Umirah said...

selamat teruskan hidup.