Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



D.I.L.E.M.A

pinjam cara penulisan seseorang (kih3)
sebabkan tajuk terlalu pendek, lebih molek kalau tulis begitu mungkin
Sebagaimana jahiliah dalam diri diruntuhkan, seperti itu jugalah ego dalam diri dijatuhkan

Teringat kembali istilah "bubble burst" ketika belajar dengah ayah aku , dalam salah 1 koleksi slide petronas. Ya mungkin berlaku pada aku dalam tempoh seminggu 2 ini, sudah semestinya ia bukan berkaitan dengan ekonomi, tetapi sesuai untuk diri ini

Jika buble burst berlaku antara sebabnya takut untuk berbelanja, simpan duit dan wang untuk keselamatan, tapi burst untuk aku, ak merasakan kerana aku terlalu himpun , himpunan ego, akhirnya menampakkan wajahnya satu persatu, nah siapa yang tahu, melainkan diri sendiri

Jika kehidupan berhenti hanya di pentas dunia, maka tidak mengapa, tetapi perlu aku ingat, di sana mungkin aku menjadi bahan bakar, hanya kerana sifat kirb yang hanya sebesar biji sawi.

Jika sehelai daun di belakang rumah gugur, siapa mungkin mahu mengambil tahu. Kerana kecil dan tiada signifikan langsung nilai sehelai daun, mungkin kepada kehidupan manusia. Nah, begitu juga dengan manusia , jika dibandingkan dengan besarnya alam semesta ini, apa mungkin nilai seorang manusia dengan egonya. Hannya sesuai menjadi bahan bakar di sana kelak, kerana mana mungkin kita ego hanya dengan pemberian orang.

D.I.L.E.M.A aku mengambil masa terlalu lama berehat , terlalu lama cuti , sehingga hampir-hampir rosak

0 comments: