Sungguh sakit rasanya apabila kita disalaherti , selalu lihat status kak amani , benarkan baik sangka itu serendah ukhuwah.
" Kau ini kasik barang kat budak itu mesti ko suka dia kan?" , mentaliti sekarang kerana pakwe makwe barang kali suka bebenar memberi "gift", hakikatnya hanya mereka yang taw, biarkan mereka dengan burok sangka mereka.
"Kau ini baik dengan orang ini mesti ada sumthing kan?" ini bahasa kita apabila melihat seseroang , pre-judge yang sangat menyakitkan, ya bayangkan kalau semua perkara yang kita lakukan , semua manusia ingat judge, dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-sebesar benda, kalaupun perkara itu benar, seronok juga , halwa telinga.
Tetapi nah, kebanyakannya semua perkara yang menyakitkan, tetapi tidak mengapa ianya sekadar pandangan manusia , aku pun begitu , kadangkali sikap bias dan prejudge tidak dapat dibuang .
Di kala aku pakai cekak , dikata mengada, dikala aku menjauhkan diri dikatan macam-macam, tidak mengapa siapalah aku untuk menutup mulut mereka, ya silalah berkata.
Manusia sekarang self-centered , bak kata orang putih , "treat people the way you like to be treated". Jika kita ingin cakap sesuatu, perlu dikaitkan dengan diri mereka , kadangkala baru mesej itu sampai dan menggegarkan kepala mereka.
Bagaimanakah kita rasa jika perkataan kita disalah tafsir ? Bagaimanakah kita rasa jika tulisan-tulisan kita disalah erti ? Sakit bukan? Kadangkala rasa ingin menarik kembali segalanya, biar segala-galanya seolah tidak ada apa-apa
Bagaimana pula jika kita mengatakan sesuatu atas nama nabi, hadis nabi, quran dan sebagainya? Teringat kata ustaz salman, jika kamu tafsir al-quran atau hadis dengan kepala sendiri , walaupun betol maksudnya, maka kamu berdosa. ya Allah dan rasul mengajar adab kepada kita.
Ramai menggunkan ayat wamakaru wamakarullah , wallahukhoirul makirin, pernah aku dengar ianya bukan berkaitan perancangan Allah tetapi pasal tipu daya, tetapi kalau kita pernah belajar tentang maksudnya dengan orang yang berkelayakan, tidak mengapa.
Begitu juga ada hadis nabi mengatakan buat walimah walau dengan seekor kambing , kerana hadis ini kepada abd rahman (tidak silap) , die seorang yang sangat kaya, maka seekor kambing had minima baginya. tetapi jika kita pelajar , tidak semestinya.
Pendek kata , kalau kita judge manusia mungkin tidak mengapa , dengan pelbagai presepsi dan sebagainya, sekurangnya berakhlaklah dengan nabi dan Allah , jika kamu mengatakan sesuatu presepsi sendiri tentang quran dan hadis , jika kamu tidak mempelajarinya.
Apatah lagi mengajar orang , tanpa sebarang ilmu langsung berkaitannya.
Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment