Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



An exam without strategy? Nonsence

Kita hidup di  dunia ini penuh dengan mehnah dan tribulasi. Dari sekecil-kecik perkara, hingga sebesar-besar perkara yang kita lakukan , tidaklah kita impikan melainkan kejayaan demi kejayaan yang akan tiba, sama ada cepat atau lambat ia sesuatu yang dijanjikan kepada yang berusaha.

Aku baru sahaja selesai menghabiskan 4 exam bagi tahun 3, yang dikatakan tahun killer bagi pra-klinikal, dan bakal menghadapi sekali lagi di tahun 5 Insya-Allah. Kalau dalam hidup kita, kita sering merencana pelbagai idea dan strategi untuk menghadapinya.

Sedangkan bermain bola sepak pon perlukan strategi, lihat saja bagaimana chelsea berjaya menang lawan barcelona , dengan "prediction" 100% barcelona akan membantai chelsea di nou camp, lain yang terjadi. Jika gagal bermain menyerang, kita bertahan dan melakukan counter attack, jika 4-4-2 tidak berhasil, maka 4-5-1 alternatif kepadanya. Banyak aku belajar untuk merencana, dari bermain dota (walaupun orang kata main game buang masa) hingga tengok cerita-cerita karton.

Walaupun agak kekok mendengar berkaitan peperiksaan tahun 1, ramai yang keluar seawal 30 minit, sejam sesuatu yang makin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekarang, junior terutamanya. Pengalaman aku "exam" selama 3 tahun , cukup menunjukkan bahawa, untuk berjaya kita tidak semestinye "pandai" dalam erti IQ, tapi harus pandai merancang.

Mungkin kerana terlalu mengejar mumtaz semua harus digapai, semua perkara ditekankan sehingga tiada erti must know, need to know , nice to know. Mumtaz dikejar akhirnya subjek terpaksa dikorbankan. Rasa ingin tahu semua menyebabkan jawapan yang diberikan hanya on surface. "Kalau bagi markah, dapat la 3/4 per 10"

Aku selalu termenung, bila kerja islam, semua begitu semangat , sambil mengatakan kalau kita tak buat kerja, camne islam nak maju, kadang terpaksa "bersaing", siapa yang paling kedepan. Lantas berasap-asap telinga mendengar kalau kita menolong agama Allah , Allah akan tolong kita.

Kita bukan di zaman kelahiran nabi, Allah turunkan burung ababil, jika dalam persatuan kita rancak merancang, begitu juga berkaitan pelajaran, teringat kata-kata senior dahulu, apa-apa pun, agama no 1 , tapi pelajar bukan no 2. Untuk berjaya, konsep sunnatullah jangan dilupai, orang berusaha berjaya, orang makan nasi kenyang , pertolongan Allah sesuatu perkara yang tidak boleh dilupai, tapi syarat mesti dipatuhi.

Exam Microb baru-baru ini, walaupun aku tersilap percaturan meninggalkan subjek southeast dan systemic virus , walaupun total marks hilang 32 markah apabila ditolak(tidak dikira jawapan yang "dihentam") terlalu sedih dengan kehilangan markah tersebut, baru aku sedor soalan berbaki aku dapat menjawab dengan baik, tidaklah sempurna tapi tidaklah seteruk 3/10.

Iye apa-apa pun, belajar lah merancang, merancang hidup, belajar, masa depan, belajar la dengan mereka yang lebih tua, belajar dengan rakan2, kenali diri anda , susun strategi anda, susun hidup anda, A life without a strategy? its nonsence , jangan sampai  kita merasa nerakanya dunia itu, hasil salah silap kita. Belajar lah, walaupun dengan hanya menonton karton.

Jika diberi peluang nescaya aku lebih cendurung menjadi rafizi ramli bukan seperti Ust Nasruddin tantawi, kerana aku kenal diri aku, maka pencorak terbaik adalah diri sendiri bukan warga asing

0 comments: