Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Sedang cuba memahami


Manusia punyai pendapat yang berbeza, tidak dinafikan

Ada mereka mengatakan gambar ini menghina Dr Mursi, penghafaz quran kerana menyamakan dengan firaun, diletakkan juga lambang bulan dan bintang sebagai tanda islam.

"kalau tanya budak kat msia, apa yang korang taw tentang mesir, nescaya akan dicakap pasal piramid, sedara2 pon duk cbok tnye dh pergi melawat piramid? Piramid adalah kebanggaan bagi mesir , bagi org msia mungkin LOL"

saja aku meletakkan status ini difacebook, bukan apa, kadangkala kerana kita terlalu benci/meluat dengan surat khabar kadang-kadang kita gagal melihat sesuatu yang tersirat, mana mungkin orang malaysia begitu faham dengan firaun, bagi mereka itulah lambang kegagahan dan kemegahan mesir , piramid itu la lambang kekuasaan, bagi sesiapa yang memegang kuasa, apakah signifikan gambar bulan dan bintang diletakkan??

Ya, penyalah tafsiran sering berlaku, jika kita ingin menilai dengan ilmu kita sahaja, tanpa memikirkan bagaimanakah cara penulis/pelukis menilai, kitalah azhari, kitalah bakal ustaz, kitalah bakal perjuang islam, tapi sayangnya, kita kurang faham begitu sakitnya apabila disalah ertikan, disalah nilai, hanya kerana kita begitu naif tentang orang lain, bak kata steven covey, "Seek 1st to be understand, then to be understood"

Jika kita ingin menilai, jangan hanya menilai ditapak kasut kita, nilailah dengan nilaian tapak kasut orang lain, Sultan Abdul Hamid (?- xtaw no berapa) memakai anting-anting , beliau merupakan salah seorang pembesar di zaman turki uthmaniyah (kalau tidak silap) jika kita hanya menilai perkara lalu (kurun 18 n 19) dengan kaca mata 2012 maka kita terperangkap, "ouh rupanya sultan tu gay", sungguh lurus dan bendul malahan nampak kurang cerdik dalam menilai sedangkan itu tanda kehambaan, yang itu hamba kepada yang Maha Esa.

Pokoknya sangat mudah, hendak menilai bukan hanya menilai secara luaran. Kadang-kadang nilaian kita berbeda, tapi komunikasi sangat penting bagi kita bercakap dalam bahasa yang sama, jika tidak celakalah buat kita.

Teringat sewaktu MeM berlangsung pada bulan 4 apabila 1 video dikeluarkan oleh sekumpulan akhowat, jika mengikut kualiti, maka akulah orang pertama yang akan "reject" video tersebut , walaupun baik tetapi tidak sampai kepada standard-standard tertentu, tetapi apabila menimbangkan kepada jerit perih mereka yang melakukanya, ditambah pula dengan kandungan dan "style" yang mereka buat, "style" yang baru yang bakal mewujudkan satu bentuk pengiklanan yang baru ditambah lagi dengan kali pertama mereka menghasilkan perkara seperti itu, maka kadangkala kualiti itu boleh dipertimbangkan

Teringat apabila sebahagian daripada kawan aku "korang nie nak suruh kteorg buat pastu nak demand tinggi2 , x aprreciate langsung apa yang kita buat n bla2" semua faham aku kira maksud itu, Persatuan bukan hanya untuk menjadi yang terbaik, tetapi ia adalah 1 bentuk pendidikan, teringat aku dengan kata-kata ust hasrizal "kita bukan nak susahkan orang solat, tapi kita nak suruh orang solat , biarlah dengan apa pendapat apa pun asalkan mudah dan dia bersolat, bukan susah dan akhirnya mereka tidak bersolat - tika bincangkan masalah ibadat pesakit"

Tidak menuding jari pada mana-mana pihak kerana kita tidak mungkin punyai pendapat yang sama, tetapi barangkali kita gagal dalam berkomunikasi, aku rasa aku terlalu ego untuk membuka perbincangan. Aku bukan ingin menambah kebencian hanya sekadar ingin membuka apa yang mungkin kita tidak nampak. Dan sesuatu yang pasti, aku masih gagal dalam process taat kepada kepimpinan, dan aku sedar aku bukan seorang yang mampu untuk kekal dalam tampuk kepimpinan.Bakal mengundang masalah dari menyelesaikannya

0 comments: