Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3
Followers
Sedang cuba memahami
Manusia punyai pendapat yang berbeza, tidak dinafikan
Ada mereka mengatakan gambar ini menghina Dr Mursi, penghafaz quran kerana menyamakan dengan firaun, diletakkan juga lambang bulan dan bintang sebagai tanda islam.
"kalau tanya budak kat msia, apa yang korang taw tentang mesir, nescaya akan dicakap pasal piramid, sedara2 pon duk cbok tnye dh pergi melawat piramid? Piramid adalah kebanggaan bagi mesir , bagi org msia mungkin LOL"
saja aku meletakkan status ini difacebook, bukan apa, kadangkala kerana kita terlalu benci/meluat dengan surat khabar kadang-kadang kita gagal melihat sesuatu yang tersirat, mana mungkin orang malaysia begitu faham dengan firaun, bagi mereka itulah lambang kegagahan dan kemegahan mesir , piramid itu la lambang kekuasaan, bagi sesiapa yang memegang kuasa, apakah signifikan gambar bulan dan bintang diletakkan??
Ya, penyalah tafsiran sering berlaku, jika kita ingin menilai dengan ilmu kita sahaja, tanpa memikirkan bagaimanakah cara penulis/pelukis menilai, kitalah azhari, kitalah bakal ustaz, kitalah bakal perjuang islam, tapi sayangnya, kita kurang faham begitu sakitnya apabila disalah ertikan, disalah nilai, hanya kerana kita begitu naif tentang orang lain, bak kata steven covey, "Seek 1st to be understand, then to be understood"
Jika kita ingin menilai, jangan hanya menilai ditapak kasut kita, nilailah dengan nilaian tapak kasut orang lain, Sultan Abdul Hamid (?- xtaw no berapa) memakai anting-anting , beliau merupakan salah seorang pembesar di zaman turki uthmaniyah (kalau tidak silap) jika kita hanya menilai perkara lalu (kurun 18 n 19) dengan kaca mata 2012 maka kita terperangkap, "ouh rupanya sultan tu gay", sungguh lurus dan bendul malahan nampak kurang cerdik dalam menilai sedangkan itu tanda kehambaan, yang itu hamba kepada yang Maha Esa.
Pokoknya sangat mudah, hendak menilai bukan hanya menilai secara luaran. Kadang-kadang nilaian kita berbeda, tapi komunikasi sangat penting bagi kita bercakap dalam bahasa yang sama, jika tidak celakalah buat kita.
Teringat sewaktu MeM berlangsung pada bulan 4 apabila 1 video dikeluarkan oleh sekumpulan akhowat, jika mengikut kualiti, maka akulah orang pertama yang akan "reject" video tersebut , walaupun baik tetapi tidak sampai kepada standard-standard tertentu, tetapi apabila menimbangkan kepada jerit perih mereka yang melakukanya, ditambah pula dengan kandungan dan "style" yang mereka buat, "style" yang baru yang bakal mewujudkan satu bentuk pengiklanan yang baru ditambah lagi dengan kali pertama mereka menghasilkan perkara seperti itu, maka kadangkala kualiti itu boleh dipertimbangkan
Teringat apabila sebahagian daripada kawan aku "korang nie nak suruh kteorg buat pastu nak demand tinggi2 , x aprreciate langsung apa yang kita buat n bla2" semua faham aku kira maksud itu, Persatuan bukan hanya untuk menjadi yang terbaik, tetapi ia adalah 1 bentuk pendidikan, teringat aku dengan kata-kata ust hasrizal "kita bukan nak susahkan orang solat, tapi kita nak suruh orang solat , biarlah dengan apa pendapat apa pun asalkan mudah dan dia bersolat, bukan susah dan akhirnya mereka tidak bersolat - tika bincangkan masalah ibadat pesakit"
Tidak menuding jari pada mana-mana pihak kerana kita tidak mungkin punyai pendapat yang sama, tetapi barangkali kita gagal dalam berkomunikasi, aku rasa aku terlalu ego untuk membuka perbincangan. Aku bukan ingin menambah kebencian hanya sekadar ingin membuka apa yang mungkin kita tidak nampak. Dan sesuatu yang pasti, aku masih gagal dalam process taat kepada kepimpinan, dan aku sedar aku bukan seorang yang mampu untuk kekal dalam tampuk kepimpinan.Bakal mengundang masalah dari menyelesaikannya
Posted by
Peghop aka hazwan aka Jo
0
comments
Program Suara?
Hari ini akan diadakan program bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , seorang tokoh yang aku sangat hormati, mula kenal beliau ketika menyaksikan sesi parlimen dijalankan apabila beliau membahaskan isu PPSMI, sangat teruja.
Aku bukanlah seorang yang kenal sangat dengan struktur pentadbiran PAS dan apa berkaitan, tapi tetap merasakan ia adalah 1 bentuk perjuangan islam yang harus diperjuangkan di malaysia. Teringat dahulu ketika join program ISMA sebelum datang ke mesir, aku bertanya "apa beza PAS dengan ISMA" kata salah seorang ahli mereka," PAS nak bawak dari atas (tarbiyah dari negara > rakyat jelata) manakala kita ISMA dari peringkat bawah hingga Negara", (kalau istilah sekarang dari individu muslim ke daulah , manakala PAS terbalik dari daulah > individu"
Mungkin ini jawapan dari individu dari ISMA, mungkin aku tidak dapat penjelas sebenarya dari pimpinan ISMA sendiri bagaimanakah sebenarya struktur pembentukan mereka dan sebagainya, tapi bagi aku mana mungkin PAS yang telah berumur lebih 50 tahun masih ingin kekal di tahap individu muslim, sampai bilakah kita terus kekal di tahap ini, 100 tahun ? 1000 tahun mungkin?
Tapi aku kurang berminat berbicara tentang perkara ini, kerana masing-masing punya pendapat masing2, perbincangan tentang perkara ini tidak dapat pergi jauh, kadang2 hanya menimbulkan kebencian di hati.
Sejak akhir-akhir ini, aku lebih berminat mendegar ceramah dari tokoh-tokoh PKR, mungkin kerana isu
-isu yang diutarakan mereka , jarang aku mendengar ceramah-ceramah dari pimpinan PAS mungkin kerana bentuk pemikiran aku yang sebegini, dengan kata lebih mudah aku lebih kagumi tokoh dalam PKR berbanding PAS, mungkin kerana aku terlalu bersifat selektif dalam memilih bahan untuk didengar dan dibaca.
Tapi pada hari ini Allah bawakan beliau datang ke sini, untuk aku menilai sendiri , untuk aku saksikan dengan mata kepala sendiri. Jika tokoh BN datang ke sini sekalipun, aku juga mahu pergi mendengar dan menilai, kita bukan generasi spoonfeed , hanya angguk dan menganga dengan segala maklumat dan mengikut secara buta tuli, kita bukan generasi lembu dicucuk hidung. Moga diberi kesempatan mengikutnya.
Posted by
Peghop aka hazwan aka Jo
0
comments
An exam without strategy? Nonsence
Kita hidup di dunia ini penuh dengan mehnah dan tribulasi. Dari sekecil-kecik perkara, hingga sebesar-besar perkara yang kita lakukan , tidaklah kita impikan melainkan kejayaan demi kejayaan yang akan tiba, sama ada cepat atau lambat ia sesuatu yang dijanjikan kepada yang berusaha.
Aku baru sahaja selesai menghabiskan 4 exam bagi tahun 3, yang dikatakan tahun killer bagi pra-klinikal, dan bakal menghadapi sekali lagi di tahun 5 Insya-Allah. Kalau dalam hidup kita, kita sering merencana pelbagai idea dan strategi untuk menghadapinya.
Sedangkan bermain bola sepak pon perlukan strategi, lihat saja bagaimana chelsea berjaya menang lawan barcelona , dengan "prediction" 100% barcelona akan membantai chelsea di nou camp, lain yang terjadi. Jika gagal bermain menyerang, kita bertahan dan melakukan counter attack, jika 4-4-2 tidak berhasil, maka 4-5-1 alternatif kepadanya. Banyak aku belajar untuk merencana, dari bermain dota (walaupun orang kata main game buang masa) hingga tengok cerita-cerita karton.
Walaupun agak kekok mendengar berkaitan peperiksaan tahun 1, ramai yang keluar seawal 30 minit, sejam sesuatu yang makin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekarang, junior terutamanya. Pengalaman aku "exam" selama 3 tahun , cukup menunjukkan bahawa, untuk berjaya kita tidak semestinye "pandai" dalam erti IQ, tapi harus pandai merancang.
Mungkin kerana terlalu mengejar mumtaz semua harus digapai, semua perkara ditekankan sehingga tiada erti must know, need to know , nice to know. Mumtaz dikejar akhirnya subjek terpaksa dikorbankan. Rasa ingin tahu semua menyebabkan jawapan yang diberikan hanya on surface. "Kalau bagi markah, dapat la 3/4 per 10"
Aku selalu termenung, bila kerja islam, semua begitu semangat , sambil mengatakan kalau kita tak buat kerja, camne islam nak maju, kadang terpaksa "bersaing", siapa yang paling kedepan. Lantas berasap-asap telinga mendengar kalau kita menolong agama Allah , Allah akan tolong kita.
Kita bukan di zaman kelahiran nabi, Allah turunkan burung ababil, jika dalam persatuan kita rancak merancang, begitu juga berkaitan pelajaran, teringat kata-kata senior dahulu, apa-apa pun, agama no 1 , tapi pelajar bukan no 2. Untuk berjaya, konsep sunnatullah jangan dilupai, orang berusaha berjaya, orang makan nasi kenyang , pertolongan Allah sesuatu perkara yang tidak boleh dilupai, tapi syarat mesti dipatuhi.
Exam Microb baru-baru ini, walaupun aku tersilap percaturan meninggalkan subjek southeast dan systemic virus , walaupun total marks hilang 32 markah apabila ditolak(tidak dikira jawapan yang "dihentam") terlalu sedih dengan kehilangan markah tersebut, baru aku sedor soalan berbaki aku dapat menjawab dengan baik, tidaklah sempurna tapi tidaklah seteruk 3/10.
Iye apa-apa pun, belajar lah merancang, merancang hidup, belajar, masa depan, belajar la dengan mereka yang lebih tua, belajar dengan rakan2, kenali diri anda , susun strategi anda, susun hidup anda, A life without a strategy? its nonsence , jangan sampai kita merasa nerakanya dunia itu, hasil salah silap kita. Belajar lah, walaupun dengan hanya menonton karton.
Jika diberi peluang nescaya aku lebih cendurung menjadi rafizi ramli bukan seperti Ust Nasruddin tantawi, kerana aku kenal diri aku, maka pencorak terbaik adalah diri sendiri bukan warga asing

Bermula sebuah pengembaraan
Selesai peperiksaan akhir tahun bagi tahun 3, 4 subjek yang telah dilalui moga menjadi bekalan di hari kemudian, moga kali terakhir aku menduduki peperiksaan subjek2 tahun 3, tapi bukan kali terakhir aku membuka buku bagi tahun tersebut.
Berakhirnya peperiksaan menandakan bermula era baru, era pembelajaran tidak berorentasikan peperiksaan, "you can read and you can see all things, you can learn , you can do all things". Era sekarang bukan era "spoonfeed"
Bukan era suapan, segala perkara, hatta pos berkaitan agama di dalam facebook pun, wajar untuk kita persoalkan. Mungkin bagi orang pendidikan itu satu pembentukan mengikut sesuatu acuan, terima dan dengar, mungkin tidak bagi sebahagian orang.
Soal pengembaraan soal tujuan hidup, soal cara kita memandang sesuatu perkara, tidak mustahil 10 kepala mempunyai satu pemikiran, manakala tidak mustahil 10 kepala punya 10 pemikiran. Lain orang lain ragamnya barangkali.
Kalau ustaz Dzulkhairi sering mencambahkan perkara yang kontroversi, ustaz azhar sering menjawab soalan dalam bentuk yang diterima pemuda , ustaz hasrizal sering memberi pencerahan ke atas blind spot disebalik sesuatu, tidak lupa juga kepada mereka-meraka yang yang menempa nama seperti steven covey, mahathir dan sebagainya. Mereka spesies yang sama , manusia didunia, dibumi yang sama cuma mempunyai peranan yang berbeza
Kesimpulannya, "spoonfeed" di era kini semakin keterlaluan, buka minda dan buka pemikiran, moga kita terus dibantu dan dipacu kearah menuju yang Satu.
Posted by
Peghop aka hazwan aka Jo
0
comments
Hari yang besar
Tiada hadiah yang paling besar , selama hidop ini, melainkan pada tarikh itu diumumkan kemenangan Dr mursi
Kemenangan yang bakal membawa kepada kemenangan, atau kemenangan yang bakal membawa kepada kekalahan, diri ini pasti memerhatikan , tanpa putus doa dan harapkan akan ditaburkan, semoga islam semakin berdaulat, dan aku seorang dari pemainnya.
Pape pun tahun ini mak aku tak lupa , sanggup tunggu sampai lewat malam semata.
Tahun ini dah masok 21 tahun, dah besar panjang , boleh kawen siap bak kata orang :D
Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada ahli bet aku, sanggup tinggal sekali, n korang dah banyak mematangkan dan mengiyakan hakikat2 kehidupan seharian yang aku lalui sampai sekarang.
Terima kasih jugak dekat orang tue , yang sanggup melayan aku mengarot , dan tempat aku merelezkan tension n mendapat pendapat
Tidak lupa juga kepada budak semangat yang selalu kasik semangat kat aku :D
Kepada budak "belagak" yang selalu menasihati dan mengajar aku dalam banyak perkara
Kepada budak iran yang menjadi tempat aku merelezkan tension jugak , sambil-sambil aku belajar banyak perkara
Kepada budak jantan yang menjadi tempat aku mengutuk dan mengata, dan juga tempat aku melepaskan tekanan :D
Kepada kawan2, yang banyak mengajar dan mendidik, tahun ini aku rasakan tahun bertuah , melainkan masih gagal dalam proses taat dan patuh, subjek yang paling kritikal aku kira
pape pon peace, moga Allah merahmati semua rakan kawan dan sahabat aku.
Posted by
Peghop aka hazwan aka Jo
0
comments
Subscribe to:
Posts (Atom)