Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Program Suara?


Hari ini akan diadakan program bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , seorang tokoh yang aku sangat hormati, mula kenal beliau ketika menyaksikan sesi parlimen dijalankan apabila beliau membahaskan isu PPSMI, sangat teruja.

Aku bukanlah seorang yang kenal sangat dengan struktur pentadbiran PAS dan apa berkaitan, tapi tetap merasakan ia adalah 1 bentuk perjuangan islam yang harus diperjuangkan di malaysia. Teringat dahulu ketika join program ISMA sebelum datang ke mesir, aku bertanya "apa beza PAS dengan ISMA" kata salah seorang ahli mereka," PAS nak bawak dari atas (tarbiyah dari negara > rakyat jelata) manakala kita ISMA dari peringkat bawah hingga Negara", (kalau istilah sekarang dari individu muslim ke daulah , manakala PAS terbalik dari daulah > individu"

Mungkin ini jawapan dari individu dari ISMA, mungkin aku tidak dapat penjelas sebenarya dari pimpinan ISMA sendiri bagaimanakah sebenarya struktur pembentukan mereka dan sebagainya, tapi bagi aku mana mungkin PAS yang telah berumur lebih 50 tahun masih ingin kekal di tahap individu muslim, sampai bilakah kita terus kekal di tahap ini, 100 tahun ? 1000 tahun mungkin?

Tapi aku kurang berminat berbicara tentang perkara ini, kerana masing-masing punya pendapat masing2, perbincangan tentang perkara ini tidak dapat pergi jauh, kadang2 hanya menimbulkan kebencian di hati.

Sejak akhir-akhir ini, aku lebih berminat mendegar ceramah dari tokoh-tokoh PKR, mungkin kerana isu
-isu yang diutarakan mereka , jarang aku mendengar ceramah-ceramah dari pimpinan PAS mungkin kerana bentuk pemikiran aku yang sebegini, dengan kata lebih mudah aku lebih kagumi tokoh dalam PKR berbanding PAS, mungkin kerana aku terlalu bersifat selektif dalam memilih bahan untuk didengar dan dibaca.

Tapi pada hari ini Allah bawakan beliau datang ke sini, untuk aku menilai sendiri , untuk aku saksikan dengan mata kepala sendiri. Jika tokoh BN datang ke sini sekalipun, aku juga mahu pergi mendengar dan menilai, kita bukan generasi spoonfeed , hanya angguk dan menganga dengan segala maklumat dan mengikut secara buta tuli, kita bukan generasi lembu dicucuk hidung. Moga diberi kesempatan mengikutnya.

An exam without strategy? Nonsence

Kita hidup di  dunia ini penuh dengan mehnah dan tribulasi. Dari sekecil-kecik perkara, hingga sebesar-besar perkara yang kita lakukan , tidaklah kita impikan melainkan kejayaan demi kejayaan yang akan tiba, sama ada cepat atau lambat ia sesuatu yang dijanjikan kepada yang berusaha.

Aku baru sahaja selesai menghabiskan 4 exam bagi tahun 3, yang dikatakan tahun killer bagi pra-klinikal, dan bakal menghadapi sekali lagi di tahun 5 Insya-Allah. Kalau dalam hidup kita, kita sering merencana pelbagai idea dan strategi untuk menghadapinya.

Sedangkan bermain bola sepak pon perlukan strategi, lihat saja bagaimana chelsea berjaya menang lawan barcelona , dengan "prediction" 100% barcelona akan membantai chelsea di nou camp, lain yang terjadi. Jika gagal bermain menyerang, kita bertahan dan melakukan counter attack, jika 4-4-2 tidak berhasil, maka 4-5-1 alternatif kepadanya. Banyak aku belajar untuk merencana, dari bermain dota (walaupun orang kata main game buang masa) hingga tengok cerita-cerita karton.

Walaupun agak kekok mendengar berkaitan peperiksaan tahun 1, ramai yang keluar seawal 30 minit, sejam sesuatu yang makin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekarang, junior terutamanya. Pengalaman aku "exam" selama 3 tahun , cukup menunjukkan bahawa, untuk berjaya kita tidak semestinye "pandai" dalam erti IQ, tapi harus pandai merancang.

Mungkin kerana terlalu mengejar mumtaz semua harus digapai, semua perkara ditekankan sehingga tiada erti must know, need to know , nice to know. Mumtaz dikejar akhirnya subjek terpaksa dikorbankan. Rasa ingin tahu semua menyebabkan jawapan yang diberikan hanya on surface. "Kalau bagi markah, dapat la 3/4 per 10"

Aku selalu termenung, bila kerja islam, semua begitu semangat , sambil mengatakan kalau kita tak buat kerja, camne islam nak maju, kadang terpaksa "bersaing", siapa yang paling kedepan. Lantas berasap-asap telinga mendengar kalau kita menolong agama Allah , Allah akan tolong kita.

Kita bukan di zaman kelahiran nabi, Allah turunkan burung ababil, jika dalam persatuan kita rancak merancang, begitu juga berkaitan pelajaran, teringat kata-kata senior dahulu, apa-apa pun, agama no 1 , tapi pelajar bukan no 2. Untuk berjaya, konsep sunnatullah jangan dilupai, orang berusaha berjaya, orang makan nasi kenyang , pertolongan Allah sesuatu perkara yang tidak boleh dilupai, tapi syarat mesti dipatuhi.

Exam Microb baru-baru ini, walaupun aku tersilap percaturan meninggalkan subjek southeast dan systemic virus , walaupun total marks hilang 32 markah apabila ditolak(tidak dikira jawapan yang "dihentam") terlalu sedih dengan kehilangan markah tersebut, baru aku sedor soalan berbaki aku dapat menjawab dengan baik, tidaklah sempurna tapi tidaklah seteruk 3/10.

Iye apa-apa pun, belajar lah merancang, merancang hidup, belajar, masa depan, belajar la dengan mereka yang lebih tua, belajar dengan rakan2, kenali diri anda , susun strategi anda, susun hidup anda, A life without a strategy? its nonsence , jangan sampai  kita merasa nerakanya dunia itu, hasil salah silap kita. Belajar lah, walaupun dengan hanya menonton karton.

Jika diberi peluang nescaya aku lebih cendurung menjadi rafizi ramli bukan seperti Ust Nasruddin tantawi, kerana aku kenal diri aku, maka pencorak terbaik adalah diri sendiri bukan warga asing


Bermula sebuah pengembaraan

Selesai peperiksaan akhir tahun bagi tahun 3, 4 subjek yang telah dilalui moga menjadi bekalan di hari kemudian, moga kali terakhir aku menduduki peperiksaan subjek2 tahun 3, tapi bukan kali terakhir aku membuka buku bagi tahun tersebut. Berakhirnya peperiksaan menandakan bermula era baru, era pembelajaran tidak berorentasikan peperiksaan, "you can read and you can see all things, you can learn , you can do all things". Era sekarang bukan era "spoonfeed" Bukan era suapan, segala perkara, hatta pos berkaitan agama di dalam facebook pun, wajar untuk kita persoalkan. Mungkin bagi orang pendidikan itu satu pembentukan mengikut sesuatu acuan, terima dan dengar, mungkin tidak bagi sebahagian orang. Soal pengembaraan soal tujuan hidup, soal cara kita memandang sesuatu perkara, tidak mustahil 10 kepala mempunyai satu pemikiran, manakala tidak mustahil 10 kepala punya 10 pemikiran. Lain orang lain ragamnya barangkali. Kalau ustaz Dzulkhairi sering mencambahkan perkara yang kontroversi, ustaz azhar sering menjawab soalan dalam bentuk yang diterima pemuda , ustaz hasrizal sering memberi pencerahan ke atas blind spot disebalik sesuatu, tidak lupa juga kepada mereka-meraka yang yang menempa nama seperti steven covey, mahathir dan sebagainya. Mereka spesies yang sama , manusia didunia, dibumi yang sama cuma mempunyai peranan yang berbeza Kesimpulannya, "spoonfeed" di era kini semakin keterlaluan, buka minda dan buka pemikiran, moga kita terus dibantu dan dipacu kearah menuju yang Satu.


Hari yang besar

Tiada hadiah yang paling besar , selama hidop ini, melainkan pada tarikh itu diumumkan kemenangan Dr mursi Kemenangan yang bakal membawa kepada kemenangan, atau kemenangan yang bakal membawa kepada kekalahan, diri ini pasti memerhatikan , tanpa putus doa dan harapkan akan ditaburkan, semoga islam semakin berdaulat, dan aku seorang dari pemainnya. Pape pun tahun ini mak aku tak lupa , sanggup tunggu sampai lewat malam semata. Tahun ini dah masok 21 tahun, dah besar panjang , boleh kawen siap bak kata orang :D Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada ahli bet aku, sanggup tinggal sekali, n korang dah banyak mematangkan dan mengiyakan hakikat2 kehidupan seharian yang aku lalui sampai sekarang. Terima kasih jugak dekat orang tue , yang sanggup melayan aku mengarot , dan tempat aku merelezkan tension n mendapat pendapat Tidak lupa juga kepada budak semangat yang selalu kasik semangat kat aku :D Kepada budak "belagak" yang selalu menasihati dan mengajar aku dalam banyak perkara Kepada budak iran yang menjadi tempat aku merelezkan tension jugak , sambil-sambil aku belajar banyak perkara Kepada budak jantan yang menjadi tempat aku mengutuk dan mengata, dan juga tempat aku melepaskan tekanan :D Kepada kawan2, yang banyak mengajar dan mendidik, tahun ini aku rasakan tahun bertuah , melainkan masih gagal dalam proses taat dan patuh, subjek yang paling kritikal aku kira pape pon peace, moga Allah merahmati semua rakan kawan dan sahabat aku.


Mula Menulis Kembali Sekali Lagi

Jika dulu bermatlamatkan memberi, gagal apabila diri tidak terisi Jika duli ingin berkongsi, juga gagal apabila kebosanan melanda diri Kini cuba menulis kembali untuk koreksi diri "Sesekali saya lebih cenderung membaca semula tulisan-tulisan saya yang lepas tambahan lagi ratio bacaan/menulis saya lebih tinggi (mungkin 4:1). Seronok melihat perkembangan diri, dari permulaan secara rasminya bergiat di alam blogger ketika di Tahun 3 hinggalah kini." Tulisan dari kak husna sani (diam2 stalk) - dalam diam saya kagum dengan die , minat yang sama pada membaca , juga kagum bila berkerja dengan dia :D Cita-cita untuk belajar menulis akan diusaha kembali, untuk memberik kesedarana pada diri ini ...