Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Mesir , 25 Januari dan 3 Julai

Terasa ingin menulis di FB, tapi, bimbang dan pelik , status pendek sesimple menunggu update dan semudah

itu pun, di "LIKE", bimbang LIKE dan populariti yang dikejar, maka medium ini yang terbaik, moga idea dan

fikiran tidak terkubur dan tenggelam dek akal fikiran yang sentiasa bergerak, moga proses kematangan

sentiasa dapat disukat dan diukur dengan adanya catatan sebegini , buat masa hadapan.

Sebagai anak saurah (orang merasai 25 Jan) dan melalui detik2 tamarud (3 Julai) di mesir,

dari ketakutan2 yang timbul dek 25 Jan, ketakutan yang timbul ketika menjadi scouting team ketika tamarud,

kerisauan yang wujud ketika ditahan polis ketika scouting, ketika bergerak di ARMA , ada yang diacu pistol

di kepala , kesedihan yang timbul ketika jatuhnya Dr. Morsi, kegembiraan yang terjadi apabila Dr. Morsi di

angkat, ketakutan tika penjenayah berkeliaran ianya akan terpahat di lampiran sejarah.

Yang berlaku terus berlaku, tetapi sesuatu yang pasti, di sebalik kegembiraan, ketakutan, kecuakan,

kerisauan sepanjang berlakuya 25 januari 3 julai, 1 yang pasti.

Seolah sejarah ini memahamkan, serta memberi penghayatan kepada ku bahawa :

i) bagaimana sejarah dan perjuangan nabi dahulu - dicerca, ditolak masyarakat dan pelbagai lagi ujian dan

kesedihan, walaupun tidak banyak dirasai disini, pasti anak saurah dapat meng"realiti" dan menghayati lebih

lagi tika kita bersama Mesir tentang baginda

ii) bagaimana kecuakan dan ketakutan kita disini, sedikit sebanyak dirasai, bagaimana pula mereka di syria,

myanmar, moga lebih dihayati.

iii) Turkey's 1997: The military removed Erbakan from power, but 4 years later, Erdogan won, tripled the GDP, while giving the people of La Ilaha Illa Allah the freedom to practice their religion without fear of prosecution!

iv) Benar kata TGHH jangan tergesa untuk menang, kerana mengisi kemenangan itu bukan mudah

v) Di balik kesedihan kita sebagai umat Islam yang bersaksikan sendiri jatuhnya seorang pemimpin selayak-layaknya di Mesir, adakah kita sedar bahawa sesungguhnya kita juga salah satu contributing factors of what just happened? Things to ponder

Syukur pada Ilahi kerana memberi peluang aku merasai 2 "saurah" ini, mungkin aku gagal menghayati , jika

aku hanya menyaksikan 2 perkara ini hanya dibelakang kaca TV.

Benarlah kata mereka "Perjuangan ini masih panjang, tetapi sedarlah, kita bukan memulakan perjuangan dan

kita bukan orang yang mengakhirinya"

There r a lot of things to do, but yet we keep playing n wasting our time - sigh, moga aku bukan golongan 

yang menyumbang kejatuhan Islam T.T

0 comments: