Selamat datang ! Welcome ! Ahlan Wahsahlan ! kui3

Followers



Semoga Kuat :D

Si A bercakap, aku time panas-panas ini aku memang cepat marah.
Si B bercakap, time musim sejuk aku memang xleh study
Si C bercakap, aku xleh jumpa katil, kalau tak memang ak xleh study
Si D bercakap, aku pantang kalau orang sebut nama aku salah
Si E bercakap, kalau jalan jem, aku memang mulut kuat mencarut.

Kegembiraan dan ketenangan milik tuan punya badan, kita yang mengawalnya.
Panas kita hendak gembira, sejuk kita hendak study, jalan jem kita hendak memaki, dan segala tindak tanduk, kita sebenarnya berkuasa.

Semoga kuat untuk menghadapi ujian yang mendatang, hadkan dos berfikir tentang perkara yang memeningkan, bimbang toxicity yang melanda tiada ubatnya , semoga kuat dan tabah, walau aku sendiri tidak pernah merasa, cuma doa yang mampu ku hulurkan.

Semoga kuat ya :D






Tahun Emas

Jika masa mampu diulang kembali maka sudah tentu tahun ini akan ku minta untuk dikembalikan.

Tahun emas ini mungkin, terlalu banyak perkara yang aku belajar , dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.

Dari perkara-perkara yang dicakapkan dalam "SC" hingga ke perkara realititi dalam hidup.

Mungkin dahulu aku terlalu kecil untuk memahaminya, menginjaksedikit dewasa , baru aku nampak pengalaman-pengalaman mereka.

Dari kehidupan di rumah, di kuliah, di medan perjuangan, seolah satu persatu muncul, seakan semua perkara Allah tunjukkan kepada aku.

Ujian dalam perjuangan.

Bagaimana mungkin , si miskin yang mengagah memanjat pusat-pusat zakat

Bagaimana kita berjumpa dengan orang yang talam dua muka aka tikam kita dari belakang

Hakikat sebuah perkahwinan yang selalu aku tidak bersetuju dengan orang tua aku

Bagaimana kesan seseorang yang punya pelajaran

Akhirnya aku mengakui dengan rela hati aku masih budak kecil hingusan yang sering digambarkan mak aku

Yang paling penting, apa pun terjadi , akhirat merupakan sesuatu yang bakal melegakan hati.

Baru aku sedar akan hakikat itu


Bila disalaherti ...

Sungguh sakit rasanya apabila kita disalaherti , selalu lihat status kak amani , benarkan baik sangka itu serendah ukhuwah.

" Kau ini kasik barang kat budak itu mesti ko suka dia kan?" , mentaliti sekarang kerana pakwe makwe barang kali suka bebenar memberi "gift", hakikatnya hanya mereka yang taw, biarkan mereka dengan burok sangka mereka.

"Kau ini baik dengan orang ini mesti ada sumthing kan?" ini bahasa kita apabila melihat seseroang , pre-judge   yang sangat menyakitkan, ya bayangkan kalau semua perkara yang kita lakukan , semua manusia ingat judge, dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-sebesar benda, kalaupun perkara itu benar, seronok juga , halwa telinga.

Tetapi nah, kebanyakannya semua perkara yang menyakitkan, tetapi tidak mengapa ianya sekadar pandangan manusia , aku pun begitu , kadangkali sikap bias dan prejudge tidak dapat dibuang .

Di kala aku pakai cekak , dikata mengada, dikala aku menjauhkan diri dikatan macam-macam, tidak mengapa siapalah aku untuk menutup mulut mereka, ya silalah berkata.

Manusia sekarang self-centered , bak kata orang putih , "treat people the way you like to be treated". Jika kita ingin cakap sesuatu, perlu dikaitkan dengan diri mereka , kadangkala baru mesej itu sampai dan menggegarkan kepala mereka.

Bagaimanakah kita rasa jika perkataan kita disalah tafsir ? Bagaimanakah kita rasa jika tulisan-tulisan kita disalah erti ? Sakit bukan? Kadangkala rasa ingin menarik kembali segalanya, biar segala-galanya seolah tidak ada apa-apa

Bagaimana pula jika kita mengatakan sesuatu atas nama nabi, hadis nabi, quran dan sebagainya? Teringat kata ustaz salman, jika kamu tafsir al-quran atau hadis dengan kepala sendiri , walaupun betol maksudnya, maka kamu berdosa. ya Allah dan rasul mengajar adab kepada kita.

Ramai menggunkan ayat wamakaru wamakarullah , wallahukhoirul makirin, pernah aku dengar ianya bukan berkaitan perancangan Allah tetapi pasal tipu daya, tetapi kalau kita pernah belajar tentang maksudnya dengan orang yang berkelayakan, tidak mengapa.

Begitu juga ada hadis nabi mengatakan buat walimah walau dengan seekor kambing , kerana hadis ini kepada abd rahman (tidak silap) , die seorang yang sangat kaya, maka seekor kambing had minima baginya. tetapi jika kita pelajar , tidak semestinya.

Pendek kata , kalau kita judge manusia mungkin tidak mengapa , dengan pelbagai presepsi dan sebagainya, sekurangnya berakhlaklah dengan nabi dan Allah , jika kamu mengatakan sesuatu presepsi sendiri tentang quran dan hadis , jika kamu tidak mempelajarinya.

Apatah lagi mengajar orang , tanpa sebarang ilmu langsung berkaitannya.


hmm


gambar ketika menang Zagazig Summer Cup (bercekak) tuhan jek taw sebab apa aku bercekak, dan semestinya aku tidak mahu memikirkan apa yang orang cakap, mengada , xske tgk laki bercekak n whatsover



nak bela rambut sampai panjang sebijik macam abang aku tuh (cita-cita dah lama - macam sekarang jek baru leh tunaikan)

                                         
                                             baru sedar betapa "kecil" nya aku dulu - hee



               tahun ini time bilik aku terbakar , tuhan jek tahu camne, thx for de support to my ahli bet


                    ahli bet kesayangan , time 1st time sampai (alangkah bebudaknya kita) :D


           tahun 1 di fayyum , ah alangkah bebudaknya aku ketika itu (macam sekarang dah besar lak)

biar gambar berbicara, yang penting aku tak nak jadi macam senior aku yang tengah tu, bab kata orang wali :P


                        seribu kenangan di iran hanya tuhan saja mengetahui apa di kotak pemikiran


Mencapai apa yang kita percaya


In the name of Allah, The most Gracious, the most MercifuI, I, Hazwan Zhafri(bukan insan sebenar- tukar nama takot karang ada orang segan xD) would make a promise that i will pass all my 3rd year examinations this year. i really want to be an atypical doctor one fine day in order to benifit myself and others (i don't want to be like 'hangat2 tahi ayam' like the post i've read today) .if God's will, it will happen, INSYA ALLAH . and i hope u'll pray for my success and of course the Angel will pray exactly the same for u. AMIN

Nabi berkata sebaik-baik tentera yang membuka kota Constantinople dan raja yang terbaik adalah raja yang memimpinnya, kata ini diucapakan nabi ketika mereka menggali parit ketika perang khandak, cara nabi memotivasikan para sahabat, dengan ungkapan yang kadangkala tidak masuk akal, ya, bayangkan kalau pada masa ini K Rajagopal mengatakan malaysia bakal memenangi piala World Cup, nah siapakan percaya perkara sebegini.

Itulah bandingan realiti pada masa kini, tapi mereka dan kita memang berbeza. Percaya selepas berlakunya sesuatu ialah percaya biasa , tetapi kita, umat yang percaya perkara yang kan terjadi. Meraka yakni sahabat bekerja untuk melihat apa yang mereka percaya, selepas kewafatan baginda, berapa banyak usaha para sahabat dalam merealisasikan apa yang mereka percaya , kota konstatinapel bakal jatuh kepada umat islam.

Kita pula bagaimana , nah, apakah yang kita percaya ? Sejauh mana pula kepercayaan kita mampu menghasilkan usaha yang bakal menterjemahkan ia menjadi realiti, bukan sekadar ilusi-ilusi mimpi semata. Kita boleh menjadi seperti firaun yang sedar siapa dirinya bukan tuhan , ketika maut menjengah tiba. Tetapi die percaya ketika ianya berlaku. Kita bukan insan biasa, mari bekerja untuk melihat apa yang kita percaya , seperti sahabat  yang tiada tandingannya atas kepercayaan mereka.

Kepada si Dia, rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan dur thani pada 13 Julai ini , 28 Julai , 5 Ogos, 10 Ogos, ya, setkan dalam kepala apa yang anda percaya , dan pastikan anda bergerak kearah itu. Anda percaya bahawa anda mampu berjaya dalam dur thani, ya, selamat bergerak dan maju jaya, doa kami sentiasa mengiringi kamu semua .

Setulusnya berkata, bahawa aku yakin bahawa yang terbaik mampu aku dapat pada tahun ini ialah Jaid Jiddan dan aku telah buktikannya, nah terima la cabaran, kalianlah mencorakkan masa hadapan kalian.

n.b 
. i really want to be an atypical doctor one fine day in order to benifit myself and others - i really like this word, it is a long term vision and i hope u will achieve it 1 day amin ... Btw sry erk pinjam janji ko tuh kih3

Pape pon, Good Luck to all my fellow friends, wish u best of luck for ur exam, patho pharma parasite n micorb , i know u can do it ... 

Networking

Lama dah aku rasa aku tinggalkan blog ini, beri peluang kepada ramadhan menjengah mungkin walhal sibuk dengan hal dunia semata. xD

Pesan Dr Suhaini, tidak lupa juga ayahku , bina networking dengan orang, mungkin sekarang seakan tidak berguna, tetapi in the future perkara ini sangat penting.

Kawan biar sejuta, musuh biar tiada. Kita berlainan ideologi pun kita punyai matlamat dan tujuan yang sama. Kalaupun kita punya agama berbeda kita mempunyai fitrah yang sama, sebagai manusia.

Balik tahun 3 dan tahun 4 ini, aku punya tugas yang penting, menghubung kembali networking bersama rakan-rakan di SHAMS terutamanya, di SKRP dan geng-geng di universiti. Jadi mungkin akan pulang untuk tempoh yang agak panjang, maklumlah dah naik tahun 4, boleh kot nak "skip" kelas sikit




Sembang

Semalam pengumaman keputsan bagi tahun 3, bila keputusan keluar.

Maka kita boleh la nak ketahui, ada orang yang suka sembang, cakap macam tak leh jawab langsung , tapi tengok-tengok result keluar mumtaz

Teringat ayat abg hisyam "kalo mg leh jawab oyak jek r mg leh jwb, xsah lebom r tuttt" , haha. Saja aku titipkan agar aku tidak jadi salah seorang insan yang sembang. Bukan apa, aku pun kadang-kadang "nyekit" dengan orang sembang jek nie ~~

Apa-apa pun salam ramdahan
Suatu hari seorang mak menyuruh anaknya angkat kain baju di ampaian kerana hari mendung , mak keluar pergi membeli barangan di pusat membeli belah.
Seusai pulang si emak dari rumah, sungguh lega kerana kain baju di ampaian telah diangka, boleh rupanya diharapkan si anak dara.
Masuk kedalam rumah, tidak mengharapkan lebih dari itu, si emak langsung tidak nampak longgokan baju di atas kerusi.
Hairan lantas terlihat baju sudah siap terlipat dan disusun kemas.
Bertambah sayang si ibu kepada anak, satu yang di suruh, tetapi si anak dara melakukan semuanya, yang sunat-sunat sekali

Moga bertambah kasing sayang Tuhan kepada kita


Kata itu mutiara

Kadang kata itu menyentuh jiwa

akan ku kenang 2 kata-kata ini, ingat sampai bila-bila

i) Apa pun korang cakap sebelum nie, perkataan yang paling penting ialah JANGAN SEMBANG

ii) kalau korang tak pernah rasa lagi duduk kat tempat itu, kalau korang tak pernah lagi merasa jadi orang tu, korang jangan nak komplen banyak-banyak, kalau dah merasa lain cerita.

dalam banyak kata, 2 kata ini akan ku kenang sampai bila-bila, pada hari itu. Ayat kalian simple tapi padat , aku sukakan ia .

:)

Kematian kian dekat

http://investor.franklincovey.com/phoenix.zhtml?c=102601&p=irol-newsArticle&ID=1715062&highlight=

orang yang banyak membantu ku tanpa sedar akhirnya pergi jua, kematian kian menjelma, kadang-kadang, orang yang dekat meninggal tidak memberi kesan, tapi orang yang jauh kadang-kadang memberi kesan.

walaupun aku gagal menghabiskan buku (7th n 8th habit) terasa begitu berharga buku-buku tersebut, cuba akan menghabiskan kedua-dua buku tersebut dalam masa terhampir

Harimau mati meninggalkan kulit , orang mati meninggalkan buku, masakan aku? apakah bakal aku tinggalkan, bagai hidup didunia hanya sia-sia, memberi tidak hanya menagih.

Alangkah ruginya diri ini.


D.I.L.E.M.A

pinjam cara penulisan seseorang (kih3)
sebabkan tajuk terlalu pendek, lebih molek kalau tulis begitu mungkin
Sebagaimana jahiliah dalam diri diruntuhkan, seperti itu jugalah ego dalam diri dijatuhkan

Teringat kembali istilah "bubble burst" ketika belajar dengah ayah aku , dalam salah 1 koleksi slide petronas. Ya mungkin berlaku pada aku dalam tempoh seminggu 2 ini, sudah semestinya ia bukan berkaitan dengan ekonomi, tetapi sesuai untuk diri ini

Jika buble burst berlaku antara sebabnya takut untuk berbelanja, simpan duit dan wang untuk keselamatan, tapi burst untuk aku, ak merasakan kerana aku terlalu himpun , himpunan ego, akhirnya menampakkan wajahnya satu persatu, nah siapa yang tahu, melainkan diri sendiri

Jika kehidupan berhenti hanya di pentas dunia, maka tidak mengapa, tetapi perlu aku ingat, di sana mungkin aku menjadi bahan bakar, hanya kerana sifat kirb yang hanya sebesar biji sawi.

Jika sehelai daun di belakang rumah gugur, siapa mungkin mahu mengambil tahu. Kerana kecil dan tiada signifikan langsung nilai sehelai daun, mungkin kepada kehidupan manusia. Nah, begitu juga dengan manusia , jika dibandingkan dengan besarnya alam semesta ini, apa mungkin nilai seorang manusia dengan egonya. Hannya sesuai menjadi bahan bakar di sana kelak, kerana mana mungkin kita ego hanya dengan pemberian orang.

D.I.L.E.M.A aku mengambil masa terlalu lama berehat , terlalu lama cuti , sehingga hampir-hampir rosak



Selangkah Tersalah ...

Jika ingin belajar tafsir al-quran maka kita perlu menguasai hampir-hampir 23 ilmu bahasa kalau tidak silap, dari ilmu bahasa arab, nasakh mansukh, ayat tasybih dan banyak lagi.

Jika ingin menuntut ilmu perubatan maka dimulai dengan anatomy physiology histology dan biochemistry, subjek asas mengenalkan fungsi normal tubuh badan, maka setersusnya dengan penyakit dan sebagainya.

Teringat dengar ceramah ust hasrizal tentang sejarah islam, sebelum mengetahui tentang penulis Ibn Hisyam(seorang syiah) banyak ilmu perlu dihadamakan , kerana belajar bagaimana sejarah ditulis dan banyak ilmu asas dipelajari sebelum mempertikai dia seorang syiah , kerana mungkin dalam ilmu sejarah pendapat beliau diterima.

Dalam menyelosori ilmu falsafah, ilmu pemikiran, dan juga ilmu-ilmu mencabar pemikiran, ilmu mantik dan sebagainya, maka aqidah juga perlu diperkukuhkan, Islam itu terlebih dahulu perlu dikuatkan, dimantapkan, justeru apa yang dipelajari dapat ditangkisi dengan baik.

Sekali tersalah langkah, bencana kian menjelma, terlalu suka tentang ilmu-ilmu falsafah sehingga gagal dalam ilmu-ilmu asas sebelum ilmu tesebut, kian mendatangkan kesannya. Aku lihat hidupku kian terapung , ditiup angin bak habuk yang tidak punya jati diri.

Angin ke kiri, aku ke kiri, angin ke kanan aku ke kanan, ilmu-ilmu asas perlu terus digali agar hidup didunia tidak disesali seperti golongan yang meminta Tuhan agar mengembalikan kembali ke atas muka bumi walau hanya seketika.

Ilmu yang kian senang digapai, rupanya tanpa disusun dan diteliti, akhirnya membawa bencana, seperti lagak seorang pelajar sekolah tetapi berkata seolah punya ilmu setinggi PHD, hanya kerana haji google.com.
Ahh, moga Tuhan masih merahmati, diriku ini, yang bakal dijemput mengikuti mereka-mereka, sejak 2 3 hari ini.

seminggu 2 yang memeningkan

Seminggu 2 ini, semua perkara serba tidak kena, seakan punya masalah yang tidak dapat diselesaikan, ego memuncak tinggi, perasaan kecewa mudah sangat diundang tiba, segala-galanya tidak kene

Tidak tahu tidak kemana, tapi yang pasti tempoh dan saat itu pasti semakin hampir, moga Allah berikan aku kekuatan. Banyak perkara yang aku cuba untuk tolak ketepi, kerana tidak punya jiwa dan raga yang bersama, pastinya akan merosakkan jika mendapat sentuhan yang durjana.

Dalam keadaan yang tidak betul, dicampur dengan berita yang menghibakan sehari 2, dengan kesusahan untuk menyelesaikan kerja + dicampur dengan kesusahan berkomunikasi , pakej lengkap untuk memfuturkan diri.

Adeih celakah sungguh summer ini, moga ramadhan yang kian menjelma membersihkannya, moga Tuhan memberi kekuatan, moga ujian mematangkan, moga ada permata disebalik debu yang kian menutup diri.

Di kala ini, tempat mengadu seakan sudah tiada, langsung melarikan diri semuanya ~~
Moga Allah membantu aku


Sedang cuba memahami


Manusia punyai pendapat yang berbeza, tidak dinafikan

Ada mereka mengatakan gambar ini menghina Dr Mursi, penghafaz quran kerana menyamakan dengan firaun, diletakkan juga lambang bulan dan bintang sebagai tanda islam.

"kalau tanya budak kat msia, apa yang korang taw tentang mesir, nescaya akan dicakap pasal piramid, sedara2 pon duk cbok tnye dh pergi melawat piramid? Piramid adalah kebanggaan bagi mesir , bagi org msia mungkin LOL"

saja aku meletakkan status ini difacebook, bukan apa, kadangkala kerana kita terlalu benci/meluat dengan surat khabar kadang-kadang kita gagal melihat sesuatu yang tersirat, mana mungkin orang malaysia begitu faham dengan firaun, bagi mereka itulah lambang kegagahan dan kemegahan mesir , piramid itu la lambang kekuasaan, bagi sesiapa yang memegang kuasa, apakah signifikan gambar bulan dan bintang diletakkan??

Ya, penyalah tafsiran sering berlaku, jika kita ingin menilai dengan ilmu kita sahaja, tanpa memikirkan bagaimanakah cara penulis/pelukis menilai, kitalah azhari, kitalah bakal ustaz, kitalah bakal perjuang islam, tapi sayangnya, kita kurang faham begitu sakitnya apabila disalah ertikan, disalah nilai, hanya kerana kita begitu naif tentang orang lain, bak kata steven covey, "Seek 1st to be understand, then to be understood"

Jika kita ingin menilai, jangan hanya menilai ditapak kasut kita, nilailah dengan nilaian tapak kasut orang lain, Sultan Abdul Hamid (?- xtaw no berapa) memakai anting-anting , beliau merupakan salah seorang pembesar di zaman turki uthmaniyah (kalau tidak silap) jika kita hanya menilai perkara lalu (kurun 18 n 19) dengan kaca mata 2012 maka kita terperangkap, "ouh rupanya sultan tu gay", sungguh lurus dan bendul malahan nampak kurang cerdik dalam menilai sedangkan itu tanda kehambaan, yang itu hamba kepada yang Maha Esa.

Pokoknya sangat mudah, hendak menilai bukan hanya menilai secara luaran. Kadang-kadang nilaian kita berbeda, tapi komunikasi sangat penting bagi kita bercakap dalam bahasa yang sama, jika tidak celakalah buat kita.

Teringat sewaktu MeM berlangsung pada bulan 4 apabila 1 video dikeluarkan oleh sekumpulan akhowat, jika mengikut kualiti, maka akulah orang pertama yang akan "reject" video tersebut , walaupun baik tetapi tidak sampai kepada standard-standard tertentu, tetapi apabila menimbangkan kepada jerit perih mereka yang melakukanya, ditambah pula dengan kandungan dan "style" yang mereka buat, "style" yang baru yang bakal mewujudkan satu bentuk pengiklanan yang baru ditambah lagi dengan kali pertama mereka menghasilkan perkara seperti itu, maka kadangkala kualiti itu boleh dipertimbangkan

Teringat apabila sebahagian daripada kawan aku "korang nie nak suruh kteorg buat pastu nak demand tinggi2 , x aprreciate langsung apa yang kita buat n bla2" semua faham aku kira maksud itu, Persatuan bukan hanya untuk menjadi yang terbaik, tetapi ia adalah 1 bentuk pendidikan, teringat aku dengan kata-kata ust hasrizal "kita bukan nak susahkan orang solat, tapi kita nak suruh orang solat , biarlah dengan apa pendapat apa pun asalkan mudah dan dia bersolat, bukan susah dan akhirnya mereka tidak bersolat - tika bincangkan masalah ibadat pesakit"

Tidak menuding jari pada mana-mana pihak kerana kita tidak mungkin punyai pendapat yang sama, tetapi barangkali kita gagal dalam berkomunikasi, aku rasa aku terlalu ego untuk membuka perbincangan. Aku bukan ingin menambah kebencian hanya sekadar ingin membuka apa yang mungkin kita tidak nampak. Dan sesuatu yang pasti, aku masih gagal dalam process taat kepada kepimpinan, dan aku sedar aku bukan seorang yang mampu untuk kekal dalam tampuk kepimpinan.Bakal mengundang masalah dari menyelesaikannya



Program Suara?


Hari ini akan diadakan program bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang , seorang tokoh yang aku sangat hormati, mula kenal beliau ketika menyaksikan sesi parlimen dijalankan apabila beliau membahaskan isu PPSMI, sangat teruja.

Aku bukanlah seorang yang kenal sangat dengan struktur pentadbiran PAS dan apa berkaitan, tapi tetap merasakan ia adalah 1 bentuk perjuangan islam yang harus diperjuangkan di malaysia. Teringat dahulu ketika join program ISMA sebelum datang ke mesir, aku bertanya "apa beza PAS dengan ISMA" kata salah seorang ahli mereka," PAS nak bawak dari atas (tarbiyah dari negara > rakyat jelata) manakala kita ISMA dari peringkat bawah hingga Negara", (kalau istilah sekarang dari individu muslim ke daulah , manakala PAS terbalik dari daulah > individu"

Mungkin ini jawapan dari individu dari ISMA, mungkin aku tidak dapat penjelas sebenarya dari pimpinan ISMA sendiri bagaimanakah sebenarya struktur pembentukan mereka dan sebagainya, tapi bagi aku mana mungkin PAS yang telah berumur lebih 50 tahun masih ingin kekal di tahap individu muslim, sampai bilakah kita terus kekal di tahap ini, 100 tahun ? 1000 tahun mungkin?

Tapi aku kurang berminat berbicara tentang perkara ini, kerana masing-masing punya pendapat masing2, perbincangan tentang perkara ini tidak dapat pergi jauh, kadang2 hanya menimbulkan kebencian di hati.

Sejak akhir-akhir ini, aku lebih berminat mendegar ceramah dari tokoh-tokoh PKR, mungkin kerana isu
-isu yang diutarakan mereka , jarang aku mendengar ceramah-ceramah dari pimpinan PAS mungkin kerana bentuk pemikiran aku yang sebegini, dengan kata lebih mudah aku lebih kagumi tokoh dalam PKR berbanding PAS, mungkin kerana aku terlalu bersifat selektif dalam memilih bahan untuk didengar dan dibaca.

Tapi pada hari ini Allah bawakan beliau datang ke sini, untuk aku menilai sendiri , untuk aku saksikan dengan mata kepala sendiri. Jika tokoh BN datang ke sini sekalipun, aku juga mahu pergi mendengar dan menilai, kita bukan generasi spoonfeed , hanya angguk dan menganga dengan segala maklumat dan mengikut secara buta tuli, kita bukan generasi lembu dicucuk hidung. Moga diberi kesempatan mengikutnya.

An exam without strategy? Nonsence

Kita hidup di  dunia ini penuh dengan mehnah dan tribulasi. Dari sekecil-kecik perkara, hingga sebesar-besar perkara yang kita lakukan , tidaklah kita impikan melainkan kejayaan demi kejayaan yang akan tiba, sama ada cepat atau lambat ia sesuatu yang dijanjikan kepada yang berusaha.

Aku baru sahaja selesai menghabiskan 4 exam bagi tahun 3, yang dikatakan tahun killer bagi pra-klinikal, dan bakal menghadapi sekali lagi di tahun 5 Insya-Allah. Kalau dalam hidup kita, kita sering merencana pelbagai idea dan strategi untuk menghadapinya.

Sedangkan bermain bola sepak pon perlukan strategi, lihat saja bagaimana chelsea berjaya menang lawan barcelona , dengan "prediction" 100% barcelona akan membantai chelsea di nou camp, lain yang terjadi. Jika gagal bermain menyerang, kita bertahan dan melakukan counter attack, jika 4-4-2 tidak berhasil, maka 4-5-1 alternatif kepadanya. Banyak aku belajar untuk merencana, dari bermain dota (walaupun orang kata main game buang masa) hingga tengok cerita-cerita karton.

Walaupun agak kekok mendengar berkaitan peperiksaan tahun 1, ramai yang keluar seawal 30 minit, sejam sesuatu yang makin menjadi-jadi di kalangan pelajar sekarang, junior terutamanya. Pengalaman aku "exam" selama 3 tahun , cukup menunjukkan bahawa, untuk berjaya kita tidak semestinye "pandai" dalam erti IQ, tapi harus pandai merancang.

Mungkin kerana terlalu mengejar mumtaz semua harus digapai, semua perkara ditekankan sehingga tiada erti must know, need to know , nice to know. Mumtaz dikejar akhirnya subjek terpaksa dikorbankan. Rasa ingin tahu semua menyebabkan jawapan yang diberikan hanya on surface. "Kalau bagi markah, dapat la 3/4 per 10"

Aku selalu termenung, bila kerja islam, semua begitu semangat , sambil mengatakan kalau kita tak buat kerja, camne islam nak maju, kadang terpaksa "bersaing", siapa yang paling kedepan. Lantas berasap-asap telinga mendengar kalau kita menolong agama Allah , Allah akan tolong kita.

Kita bukan di zaman kelahiran nabi, Allah turunkan burung ababil, jika dalam persatuan kita rancak merancang, begitu juga berkaitan pelajaran, teringat kata-kata senior dahulu, apa-apa pun, agama no 1 , tapi pelajar bukan no 2. Untuk berjaya, konsep sunnatullah jangan dilupai, orang berusaha berjaya, orang makan nasi kenyang , pertolongan Allah sesuatu perkara yang tidak boleh dilupai, tapi syarat mesti dipatuhi.

Exam Microb baru-baru ini, walaupun aku tersilap percaturan meninggalkan subjek southeast dan systemic virus , walaupun total marks hilang 32 markah apabila ditolak(tidak dikira jawapan yang "dihentam") terlalu sedih dengan kehilangan markah tersebut, baru aku sedor soalan berbaki aku dapat menjawab dengan baik, tidaklah sempurna tapi tidaklah seteruk 3/10.

Iye apa-apa pun, belajar lah merancang, merancang hidup, belajar, masa depan, belajar la dengan mereka yang lebih tua, belajar dengan rakan2, kenali diri anda , susun strategi anda, susun hidup anda, A life without a strategy? its nonsence , jangan sampai  kita merasa nerakanya dunia itu, hasil salah silap kita. Belajar lah, walaupun dengan hanya menonton karton.

Jika diberi peluang nescaya aku lebih cendurung menjadi rafizi ramli bukan seperti Ust Nasruddin tantawi, kerana aku kenal diri aku, maka pencorak terbaik adalah diri sendiri bukan warga asing


Bermula sebuah pengembaraan

Selesai peperiksaan akhir tahun bagi tahun 3, 4 subjek yang telah dilalui moga menjadi bekalan di hari kemudian, moga kali terakhir aku menduduki peperiksaan subjek2 tahun 3, tapi bukan kali terakhir aku membuka buku bagi tahun tersebut. Berakhirnya peperiksaan menandakan bermula era baru, era pembelajaran tidak berorentasikan peperiksaan, "you can read and you can see all things, you can learn , you can do all things". Era sekarang bukan era "spoonfeed" Bukan era suapan, segala perkara, hatta pos berkaitan agama di dalam facebook pun, wajar untuk kita persoalkan. Mungkin bagi orang pendidikan itu satu pembentukan mengikut sesuatu acuan, terima dan dengar, mungkin tidak bagi sebahagian orang. Soal pengembaraan soal tujuan hidup, soal cara kita memandang sesuatu perkara, tidak mustahil 10 kepala mempunyai satu pemikiran, manakala tidak mustahil 10 kepala punya 10 pemikiran. Lain orang lain ragamnya barangkali. Kalau ustaz Dzulkhairi sering mencambahkan perkara yang kontroversi, ustaz azhar sering menjawab soalan dalam bentuk yang diterima pemuda , ustaz hasrizal sering memberi pencerahan ke atas blind spot disebalik sesuatu, tidak lupa juga kepada mereka-meraka yang yang menempa nama seperti steven covey, mahathir dan sebagainya. Mereka spesies yang sama , manusia didunia, dibumi yang sama cuma mempunyai peranan yang berbeza Kesimpulannya, "spoonfeed" di era kini semakin keterlaluan, buka minda dan buka pemikiran, moga kita terus dibantu dan dipacu kearah menuju yang Satu.


Hari yang besar

Tiada hadiah yang paling besar , selama hidop ini, melainkan pada tarikh itu diumumkan kemenangan Dr mursi Kemenangan yang bakal membawa kepada kemenangan, atau kemenangan yang bakal membawa kepada kekalahan, diri ini pasti memerhatikan , tanpa putus doa dan harapkan akan ditaburkan, semoga islam semakin berdaulat, dan aku seorang dari pemainnya. Pape pun tahun ini mak aku tak lupa , sanggup tunggu sampai lewat malam semata. Tahun ini dah masok 21 tahun, dah besar panjang , boleh kawen siap bak kata orang :D Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada ahli bet aku, sanggup tinggal sekali, n korang dah banyak mematangkan dan mengiyakan hakikat2 kehidupan seharian yang aku lalui sampai sekarang. Terima kasih jugak dekat orang tue , yang sanggup melayan aku mengarot , dan tempat aku merelezkan tension n mendapat pendapat Tidak lupa juga kepada budak semangat yang selalu kasik semangat kat aku :D Kepada budak "belagak" yang selalu menasihati dan mengajar aku dalam banyak perkara Kepada budak iran yang menjadi tempat aku merelezkan tension jugak , sambil-sambil aku belajar banyak perkara Kepada budak jantan yang menjadi tempat aku mengutuk dan mengata, dan juga tempat aku melepaskan tekanan :D Kepada kawan2, yang banyak mengajar dan mendidik, tahun ini aku rasakan tahun bertuah , melainkan masih gagal dalam proses taat dan patuh, subjek yang paling kritikal aku kira pape pon peace, moga Allah merahmati semua rakan kawan dan sahabat aku.